Latest topics Log in Search | Ke mana reformasi Abdullah? Wed Mar 04, 2009 4:12 am by Tamen Bawing Antara perkara yang paling memeningkan kepala Abdullah menjelang saat-saat akhir pemerintahannya ialah, bagaimanakah rakyat Malaysia mengingatinya pada masa akan datang? Tunku Abdul Rahman dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan Negara. Abdul Razak pula adalah Bapa Pembangunan Malaysia. Hussein Onn dilihat sebagai Bapa Penyatuan Malaysia dan Dr Mahathir diingati sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Apakah gelaran rakyat terhadap Abdullah? Buat masa ini masih belum ada gelaran yang sesuai selain bapa mertua Khairy Jamaluddin. Sebab itulah Abdullah kini akan berusaha keras untuk melaksanakan Reformasi yang pernah dijanjikan olehnya sebelum meletak jawatan secara rasmi. Tiga langkah akan dilaksanakan oleh beliau sebelum berundur: Memperkukuhkan institusi negara dengan melibatkan penubuhan tiga buah suruhanjaya yang berkaitan pelantikan hakim, pencegahan rasuah dan agensi penguatkuasaan. Inisiatif kedua, memperkukuh dan memperluas jaringan keselamatan sosial kerana kekayaan dan hasil kemakmuran negara perlu diagihkan secara adil ke serata negara. Kerajaan dan BN memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan harmoni. Mampukah Abdullah melaksanakan perubahan yang besar tersebut dalam masa enam bulan? Jika sepanjang tempoh empat tahun sejak 2004 perkara-perkara di atas gagal terlaksana, apakah tempoh enam bulan akan menyaksikan perubahan yang mendadak tersebut? Mampukah Abdullah berhadapan dengan Umno yang jelas menolak reformasi beliau daripada dilaksanakan di Malaysia? Comments: 8 | Who is Online ? In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests None Most users ever online was 21 on Fri Jul 11, 2008 12:59 am |

» read...
» Faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan BN di Uma Bakah
» Semak Permohonan Tabung Amanah Bakun
» Masa itu emas?
» SIAPA SEBENARNYA TAKUT UMNO MASUK SARAWAK ?
» Sepatutnya kita buat begini...
» What to do! - Bakun Dam
» Sambop?