Secara sahnya Datuk Seri Najib telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada hari jumaat 03/04/2009 selepas mantan perdana menteri Tun Abdullah terpaksa melepaskan jawatan itu atas desakan pelbagai pihak sepanjang tepoh 5 tahun kepimpinannya. Abdullah telah cuba sedaya-upaya untuk menjadi pemimpin terbaik. Namun, berdasarkan desas-desus yang tidak diketahui asasnya, sebenarnya beliau di"control" oleh menantunya yang kini memegang jawatan sebagai ketua pemuda umno.
Apa yang kita perlu buat sekarang ialah menanti dan memerhatikan sama ada Datuk Seri Najib yang dilantik sebagai ganti Abdullah boleh menerajui negara Malaysia ini terutamanya dalam keaadan ekonomi, politik dan sosial yang suram. Mampukah dia memulihkan keadaan yang "tidak baik" ini yang diwarisinya daripada Tun Abdullah? Kalau dulu Tun Abdullah mewarisi segala-gala yang baik selepas era Tun Mahathir iaitu limpahan kewangan yang sangat banyak, keadaan ekonomi yang kukuh dan kestabilan politik yang kuat... tetapi ianya telah bertukar menjadi sangat buruk akibat daripada pembebasan Datuk Seri Anuar Ibrahim selain daripada pelbagai pihak yang mengambil kesempatan ke atas kelembapan, ketidak teguhan keputusan (flip-flop) dan kelembutan Tun Abdullah. Tidak dapat dinafikan Tun Abdullah telah membawa beberapa pembaharuan seperti penubuhan suruhanjaya pencegah rasuah dan reformasi badan kehakiman. Walaubagaimanapun penubuhan agensi pencegah rasuah ini nampaknya tidak mencapai objektifnya setakat ini apabila dalam pemilihan pucuk kepimpinan umno baru-baru ini, terdapat beberapa calon yang bertanding yang telah terlibat dalam kesalahan politik wang tetapi diberi hukuman berbeza. Ada yang hanya diberi amaran, manakala ada yang tidak dibenarkan untuk bertanding. Secara rasionalnya ini adalah hukuman yang yang tidak adil dan ini membawa persoalan sama ada Agensi Rasuah Malaysia yang ditubuhkan oleh Tun Abdullah itu hanya sekadar nama atau adakah objektif penubuhan itu betul-betul ingin dicapai?. Di sinilah kredibiliti itu kita boleh nilai.
Berbalik kepada Perdana Menteri kita yang baru, banyak teori yang telah diajukan atas perlantikan beliau. Ada cerita yang mengatakan ianya hanya untuk memenuhi teori "RAHMAN". R = Rahman Putra Al-haj, A = Abdul Razak Hussein, H = Hussein Onn, M = Mahathir Mohamed, A = Abdullah Badawi dan N = Najib Razak. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh membuat keputusan dan kesimpulan berdasarkan pandangan-pandangan kerana kita belum tahu bagaimana cara beliau memimpin. Memang benar dia berpengalaman luas dalam bidang politik dan ini bukanlah tiket untuk beliau mesti akan menjadi seorang pemimpin yang hebat. Banyak pemimpin-pemimpin yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing tetapi apabila berada di kedudukan itu, ramai yang gagal.
Sekarang ini marilah kita melihat dan merenungkan gagasan Najib ini:
1. Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.
2. Saya mengajak seluruh warga sama-sama melaksanakan satu transformasi
besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan.
Pencapaian Diutamakan.
3. Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita.
4. Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan
kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang
patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana
nasional.
Kita mendoakan agar gagasan-gagasan ini akan dipegang dan diaplikasikan oleh beliau. Semoga beliau boleh menyelesaikan beberapa isu-isu semasa yang sengaja dibangkitkan oleh pihak-pihak yang berfikiran dangkal dan terlalu sempit. Contoh isunya ialah isu penggunaan perkataan "Allah" oleh penganut agama Kristian. Belum lagi Najib membentuk kabinetnya, masyarakat cina telah memohon supaya dilantik timbalan memteri kedua yang berbangsa cina... kalau begitu, masyarakat india juga saya rasa akan mengusulkan tuntutan yang sama. Bagaima kita di Sabah dan Sarawak? Perlukah kita ada wakil sebagai timbalan perdana menteri untuk Sarawak dan sabah? Maka dengan itu, kita berdoa agar Datuk Seri Najib bakal membawa kebaikan dan kemakmuran kepada Malaysia yang kita cintai in.
» Pandangan anda...
» read...
» Faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan BN di Uma Bakah
» Semak Permohonan Tabung Amanah Bakun
» Masa itu emas?
» SIAPA SEBENARNYA TAKUT UMNO MASUK SARAWAK ?
» Sepatutnya kita buat begini...
» What to do! - Bakun Dam