Portal ini adalah gerbang maklumat-maklumat yang ingin dikongsikan untuk kebaikkan bersama. Perkataan atau kata-kata yang boleh membangkitkan sentimen perkauman, agama dan perbalahan adalah tidak digalakkan.

Visitor Number

www.HomeSecurityForums.net

Latest topics

» Tradisi Krismas bagi saya...
Tue Nov 10, 2009 5:49 am by Tamen Bawing

» Pandangan anda...
Fri Nov 06, 2009 7:49 pm by chakue82

» read...
Wed Oct 28, 2009 4:48 am by Anonymous

» Faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan BN di Uma Bakah
Tue Oct 27, 2009 8:58 am by Tamen Bawing

» Semak Permohonan Tabung Amanah Bakun
Wed Oct 14, 2009 10:24 pm by Anonymous

» Masa itu emas?
Fri Sep 25, 2009 1:35 am by Tamen Bawing

» SIAPA SEBENARNYA TAKUT UMNO MASUK SARAWAK ?
Sat Sep 19, 2009 4:22 pm by oi lahoi

» Sepatutnya kita buat begini...
Sat Sep 19, 2009 4:17 pm by oi lahoi

» What to do! - Bakun Dam
Fri Sep 11, 2009 1:43 pm by Aniel

Log in

I forgot my password

November 2009

MonTueWedThuFriSatSun
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Calendar Calendar

Masa itu emas?

Fri Sep 25, 2009 1:35 am by Tamen Bawing

Apabila kita menoleh ke belakang dan mengimbas kembali detik-detik dan saat-saat manis di dalam kehidupan kita kadang-kala kita tersenyum dan menginginkan detik dan saat itu berulang. Tetapi, apakan daya masa yang telah berlalu itu tidak dapat diulang. Apabila kita terfikir detik-detik pahit contohnya kesilapan-kesilapan yang telah kita buat di masa-masa yang lalu, kita sering menginginkan kita kembali ke masa itu untuk memperbetulkan keadaan. Sebagai manusia yang tidak mempunyai kuasa mengawal masa, kita hanya perlu pasrah bahawa yang berlalu itu kenangan, yang sekarang ini kenyataan dan yang akan datang itu kita sandarkan pengharapan.

Seperti mana yang kita tahu dimana-mana terdapatnya perpatah atau falsafah berkaitan dengan masa. Contohnya di Malaysia kita sering mendengar tentang, "Masa itu emas". Kalau orang putih, mereka kata, "time is gold". Betulkah masa itu emas? Bagi saya, masa itu adalah lebih berharga daripada emas. Ini kerana setiap saat yang berlalu tidak akan dapat diulangi dan walaupun dengan emas, kita tidak dapat mengulangi masa-masa yang kita inginkan. Rison Swett memberikan pendapatnya, "Setiap hari masa mengunjungi kita seperti sahabat yang sedia membawa hadiah-hadiah yang berharga. Apabila hadiah itu kita tidak terima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Tiap-tiap pagi dia datang dengan membawa hadiah-hadiah baru. Tetapi jika kelmarin dan kelmarin dulu hadiah-hadiah itu tidak kita terima, lama-lama kita tidak dapat menikmati lazatnya hadiah pemberian masa itu, sebab kita tidak pandai menghargainya. Peribahasa mengatakan bahawa kekayaan yang hilang dapat dicari semula jika rajin, kesihatan yang terganggu akan sembuh jika berubat, tetapi masa yang hilang terbuang tidak dapat dicari selama-lamanya.

Sesungguhnya MASA itu sangat berharga dan janganlah mempersia-siakannya. Ada lagu yang bertajuk "Masa muda hanya sekali". Memang benar, sebagai anak-anak muda dan orang-orang yang percaya kita perlu mempergunakan masa itu dengan sebaik mungkin.
-Yudep-

Mahang La’ie



Pertandingan Menghias Usey 2009

Who is Online ?

In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None


[ View the whole list ]


Most users ever online was 21 on Fri Jul 11, 2008 12:59 am

Current date/time is Tue Nov 24, 2009 7:27 am