Aniel
on Mon Jul 20, 2009 12:17 am
Mihey te laie... harap2 telu un masa tai sepetang ha BTU te mading!

Portal ini adalah gerbang maklumat-maklumat yang ingin dikongsikan untuk kebaikkan bersama. Perkataan atau kata-kata yang boleh membangkitkan sentimen perkauman, agama dan perbalahan adalah tidak digalakkan.
Mihey te laie... harap2 telu un masa tai sepetang ha BTU te mading!
Wah panjang da'u explanation ko Udem... memang... siok te j laie...
"Hujan emas di negeri, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik lagi di negeri sendiri daripada tinggal di negeri orang". Sebenarnya maksud daripada perpatah ini bukan hanya merangkumi pendapatan/income. Perpatah ini juga merangkumpi pelbagai aspek kehidupan seperti budaya, cara hidup dan interaksi dlm komuniti.
Memang betul kadang2 di negara orang gaji/income itu ada yang tinggi. Tetapi tidak semuanya... ada negara2 yang tidak memberi gaji yang tinggi kepada pekerja2 asing. Kita di Malaysia masih lagi bertuah kerana kita masih boleh hidup dengan pendapatan yang kita perolehi. Malah ada org2 yg mempunyai pendapatan yang lebih tinggi drpd orang2 yg pergi ke luar negara.
Mengenai cara hidup dan budaya, secara lahiriahnya perpatah ini masih releven lagi kerana apabila kita ke luar negara, budaya dan cara hidup orang di sana tidak sama dengan budaya dan cara hidup kita di tanah air. Oleh itu, kalau kita berada di luar negara, kira tertunggu2 musim cuti supaya dapat balik kampung dan meluangkan masa dengan keluarga. Walaubagaimanapun di era globalisasi ini, seseorang itu boleh "bekerja" di luar tanpa dia perlu pergi ke sana. Segala kerja yang dia buat adalah di Malaysia dan kerja itu dibuat utk orang di luar negara seperti di Amerika, Jepun atau di Eropah. Dalam keadaan seperti ini, kita boleh mengubah perpatah ini menjadi "hujan batu dan hujan emas ada di merata-rata".
Manakala dalam istilah interaksi dlm komuniti, sudah tentu di negara lain cukup asing bagi kita... daripada cara berkomunikasi sehinggalah kepada cara berpakaian dan makanan, memang berlainan. Dlm komuniti kita, kita berkomunikasi dengan cara yang lemah lembut. Tetapi di negara lain, mungkin caranya berbeza.
Oleh itu saya rasa orang2 yg berpeluang ke luar negara itu sangat bertuah dan saya tahu setiap daripada kita ingin bekerja ke luar negara... tetapi tidak semua orang yg boleh menikmati peluang itu. Kepada mereka2 yg berpeluang meneroka ke luar negara, ambillah kesempatan utk mempelajari budaya, cara hidup dan kemajuan orang di sana dan bawalah bersama apabila kamu balik ke tempat asal nanti.