Portal ini adalah gerbang maklumat-maklumat yang ingin dikongsikan untuk kebaikkan bersama. Perkataan atau kata-kata yang boleh membangkitkan sentimen perkauman, agama dan perbalahan adalah tidak digalakkan.

Post a reply

Message information

Post

HTML is ON
BBCode is ON
Smilies are ON


Cut
Copy
Paste
 
Host an image
Decrease Size
Increase Size
Switch Editor Mode
Bold
Ital.
Underl.
Align Left
Align Center
Align Right
Ordered List
Unordered List
Insert Email
Insert Image
'Quote'
Code
Toggle smileys panelBBCode Guide


Melufa

Melufa #1 :   plus

Options

Post options :



    

Topic review

Aniel

on Mon Aug 24, 2009 11:37 am

"ketiga:sy tauk semua org pon tauk bahawa malaysia sebuah negara yg inginkan pembangunan.so x hairanla semua tanah ncr telah ditanamkan kelapa sawit agar dpt menjana ekonomi negara.kesimpulannya d sini ialah,knp harus apabila kompeni2 tersebut telah mencerobohi tanah2 ncr baru nk beruasaha utk mempertahankan tanah.cuba kalau dr dulu lagi telah dtanamkan pertanian seperti kelapa sawit,padi and etc.sy rasa kompeni2 tersebut x kan menggangu hasil tanaman meka.x kan la org2 yg bekerja d kompeni2 tersebut x berperikemanusiaan?sanggup merosakkan hasil tanaman org??"

.. idea yg bernas... sepatutnya kita yg mulakan sesuatu.. bukan org lain buat baru kita nak cuba.....

unknown

on Fri Aug 21, 2009 9:14 am

ok,pd pendapat sy ialah pandangan sy knp tanah ncr sambop telah dcerobohi sop dan kts ialah:

pertama:penduduk kampung terutama penduduk kampong uma sambop tidak bersatu padu bg menentang kompeni2 yg ingin mecerobohi tanah ncr tersebut.sy rasakan bg pendapat meka ialah sbb sy x mempunyai tanah ncr knp harus sy menentang meka.biarla.jelasla d sini bahawa penduduk amat mementingkan diri sendiri.hanya org yg kuatkan pendirian sahaja yg berani menentang kompeni2 tersebut.

kedua:penduduk kampong uma sambop tidak mengusahakan pertanian ke atas tanah ncr meka.contohnya seperti jikalau se2org tersebut mengusahakan sesuatu pertanian ke atas tanah ncr dia,suda semestinya dia kan bangun bersama2 dgn yg lain bg menentang kompeni2 tersebut.

ketiga:sy tauk semua org pon tauk bahawa malaysia sebuah negara yg inginkan pembangunan.so x hairanla semua tanah ncr telah ditanamkan kelapa sawit agar dpt menjana ekonomi negara.kesimpulannya d sini ialah,knp harus apabila kompeni2 tersebut telah mencerobohi tanah2 ncr baru nk beruasaha utk mempertahankan tanah.cuba kalau dr dulu lagi telah dtanamkan pertanian seperti kelapa sawit,padi and etc.sy rasa kompeni2 tersebut x kan menggangu hasil tanaman meka.x kan la org2 yg bekerja d kompeni2 tersebut x berperikemanusiaan?sanggup merosakkan hasil tanaman org??

tu sj pendapat sy.sy tauk pendapat sy ni serba kekurangan n x berapa btl sgt.tp sy hanya mengeluarkan opinion sy.Smile

Tamen Bawing

on Mon Jun 29, 2009 6:25 pm

...dan seseorang YB tu juga perlulah mempunyai pendidikan. (kebijaksanaan, cerdik dan pandai).

Aniel

on Mon Jun 29, 2009 12:52 pm

Mehupin tain dise telu mejong Kenyah jd YB... bang kayan nie de jd YB!
ada idea ke?
Ciri2 yg perlu un dalem bakal2 YB!

Informants claim that these aristocratic leaders were expected to have various praiseworthy characteristics,
1. The maren (noble) traits of Suhu Batu.
2. To be courageous and strong (makang),
3. Sagacious and prudent (dena’kimet), and helpful (‘un sahe’);
4. To have a sense of compassion and social responsibility (‘un lesau);
5. To be polite when talking and to think rationally (tiga tira’ ngan kenep);
6. To be effective in uniting and advising the people (mencam pebeka’ ngan mencam pekatok dulu ngeleppo’);
7. To speak the truth and dislike lying (abe’ uba’ lemalo, ngan bang
pisiu iya lan);
8. To have a broad perspective and an open mind (‘un kenep iya dado’);
9. To have a sense of shame (‘un sae’);
10. To not be hasty in action (abe’ uba’ basuk kenep), to keep from vilifying others (abe’ uba’ pejaat dulu); and,
11. Finally, to have great determination and a sense of responsibility in leadership (bawa’).

This was the ideal leader who was respected by the panyen, and anyone chosen to be a leader had to understand and adhere to these principles of leadership.

Tamen Bawing

on Sun Jun 28, 2009 5:08 am

Nah.. di sinilah kita perlu membuat penilaian masing-masing. Memang betul politik bukan agama, tetapi harus diingat kesan politik yang emotional, dan terlalu peribadi(menyerang hak-hak peribadi) boleh menyebabkan perpecahan dan kacau-bilau. Daftarkanlah diri sebagai pemilih dan apabila tiba masa pilihanraya nanti turun padang, terangkan "manifesto-manifesto" yang lebih baik daripada apa yang BN bawa nescaya orang2 kampung akan faham dan kemungkinan boleh membawa kemenangan kepada parti yang kamu sebelahi.

Masing2 ada kebebasan mengundi dan undilah parti mana yang kamu suka. Saya tidak pernah dengar yang ada org2 kampung kita "dipaksa" mengundi mana2 parti. Umum mengetahui dalam pilihan raya yang lepas pembangkanglah yang telah cuba mengamalkan politik wang iaitu George Lagong. Buktinya, 4 buah kereta ditahan kerana membawa lebih RM800,000.00 untuk diagihkan kepada penduduk2 di Asap dalam perjalanan dari Bintulu ke Asap. Duit2 tersebut telah diletakkan didlm sampul dengan eloknya dalam jumlah RM200-RM300 dlm setiap sampul... (lebih banyak daripada RM50) Ada sesiapa yang boleh beri penjelasan lain tujuan duit tersebut dibawa pada masa itu? Saya percaya kalau duit ini dapat diagihkan pada masa itu, pihak pembangkang akan menang. Bolehkah calon2 yang bersikap begini kita angkat jadi YB? "Rasuah"
sudah berlaku tatkala mereka belum jadi YB lagi? Hmmm... mungkin kita
perlu meletakkan seorang calon yang mempunyai kriteria2 yang berikut:
1. tidak ada rekod melakukan penipuan, 2. Alim, 3. Miskin (tidak dpt
kita beri rasuah kalau kita miskin). Itu pun setahu saya pembangkang menang di kampung kita masa itu... walaupun duit tidak sampai.

Walaupun kalah dikampung kita, tidakkah kita masih diberi bantuan kerajaan? Daripada kementerian perladangan dan industri asas tani, kampung kitalah yang paling banyak diberi baja, racun rumput dan alat-alat pertanian yang lain. Saya dengar mereka2 yg paling lantang membangkang kerajaan dulu pula yang lebih2 terhadap bantuan ini. Bukan untuk mengata itu, malah dlm sistem demokrasi hak kesamarataan adalah diperjuangkan dan tidak ada perasaan dengki pun terhadap mereka2 ni.Tidak kira sesiapapun menang, yang menang mesti mengagihkan kemakmuran tanpa mengira yang mereka itu penyokong atau pembangkang. Yang membuat kita merasa terkilan ialah sewaktu berkempen, ada sesetengah orang yang akan mengeluarkan perkataan2 yang agak menyedihkan dan itu tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun-perkataan yang berbentuk terlalu personal/peribadi. Dan inilah yang berlaku di kampung kita.

Kita sangat berharap dan senang menerima sekiranya ada calon yang lebih baik dan terbukti kemampuanya menang tak kira dia pembangkang atau penyokong kerajaan suatu hari nanti. Sampai hari ini, calon2 yang telah bertanding untuk menentang kerajaan semuanya mempunyai background dan ada rekod2 yang tidak begitu baik sehinggakan pada mata rakyat mereka sama saja atau lebih buruk daripada calon BN. Agenda utama yg dicanangkan oleh mereka adalah mengenai tanah. Tidak dapatkah kita memperjuangkan hak tanah kita walaupun pada hari yang bukan hari mengundi? Perlukah kita menunggu waktu pilihanraya tiba barulah kita membangkitkan isu ini? Saya pasti pihak2 yg ingin bertanding dalam pilihanraya perlulah menunjukkan sikap yang "asli untuk menyumbang dan berbakti" dengan memperjuangkan nasib rakyat tak kira waktu pilihanraya atau tidak. Manifesto itu perlulah selari dengan tindakan.
Bekerjalah bukan kerana hendak dapat pangkat "YB" itu... tetapi bekerjalah dengan ikhlas. Ini tidak... banyak cakap saja dan selepas itu nak menolong orang, sesen pun kedekut... dan apabila menyumbang sedikit saja mesti sumbangan itu perlu dicanang-canangkan. Ada orang yang menyumbang lebih besar pun tdk meminta sumbangan itu disebut-sebut pun. Setiap kali kita ada event seperti Krismas, Tahun Baru, Pertandingan Sukan dan sebagainya adakah orang2 yang ingin bertanding ini menyumbang? seperti jersey, Piala / Hadiah utk pertandingan sukan Krismas, Minuman-makanan dan sebaginya... saya pasti tidak ada sumbangan dari orang2 yang nak mencalonkan diri untuk pilihanraya.

Maksud saya di sini ialah, kalau dengan orang-orang kampung sendiripun tidak mampu nak menyumbang (bukan saja bentuk wang/ringgit tetapi sumbangan idea dan tenaga), apalagi nak menyumbang kepada kawasan ADUN Belaga / Parlimen Hulu Rajang? Nak turun ikut orang gotong-royong pun tidak pernah tgk batang hidung. Inilah satu sebab kenapa "orang-orang kita" masih belum boleh memegang jawatan YB itu... mereka tidak mempunyai hati yang rendah dan sangat sombong. Itu juga sebabnya sampai sekarang seluruh orang kita masih tidak menaruh harapan sepenuhnya kepada orang-orang ini.

Okay, terlalu panjang pula saya menulis ni. Hasrat saya cuma satu... tunjukan calon yang lebih baik - ramah, tidak ada agenda peribadi, sanggup turun bergaul dengan rakyat, boleh dipercayai dan mestilah menpunyai pengetahuan/pendidikan, pasti saya akan sokong tak kira pembangkang cap kunci, cap sawit, cap senapang ikan atau dacing. Saya minta maaf kalau ada kata2 yg mungkin menyebabkan kita tersinggung atau ada kata2 yang tidak tepat. Yang baik kita ambil dan yang tak baik kita tinggalkan didlm forum ini.
Nasihat saya ialah, pergilah daftar di SPR dan kita semua digalakkan balik kampung untuk berkempen dan mengundi pada pilihanraya yang akan datang bagi pihak calon yang kita senangi dan kita rasa boleh bekerja untuk rakyat. Berkempen lah dengan cara yang sederhana dan jgn terlalu fanatik macam keadaan di semenanjung ini. Kita ada etika tempatan yang tak tertulis... di sini pembangkang dan penyokong kerajaan boleh duduk2 semeja sambil minum kopi sebelum menjatuhkan undi dan balik lagi dengan aman tanpa berperang mulut. Tidak kira siapapun yang menang, akhirnya "perpaduan" itu tetap terjalin. Itulah yang kita ingin pelihara.

Current date/time is Mon Nov 23, 2009 6:06 pm