MIRI: Sekatan jalan raya dilakukan oleh kaum Penan yang memasuki
hari keenam semalam hampir melumpuhkan kegiatan pembalakan di Simpang
Empat, berhampiran Long Bedian, Baram. Keadaan di kawasan itu yang dianggap masih ‘panas’ telah menjejaskan operasi pembalakan oleh empat buah syarikat iaitu Samling, Interhill, Shin Yang dan KTS. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Lihan Jok berkata, selain Simpang Empat, sekatan juga masih berlaku di Long Bangan namun keadaan di kawasan itu kini dilaporkan terkawal. “Setakat ini keadaan di Simpang Empat masih ‘panas’ dan kita difahamkan operasi empat buah syarikat pembalakan di situ hampir lumpuh berikutan sekatan jalan raya hampir seminggu lalu.
“Bagaimanapun, keadaan di Long Belok sudah reda dan penduduk Penan di situ menunjukkan tanda-tanda mahu berbincang dari hati ke hati dengan kerajaan,” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan Pejabat Residen, Pejabat Daerah, wakil dari empat
syarikat pembalakan dan jabatan-jabatan kerajaan di sini semalam.
Hadir sama Residen Miri, Dr Ngenang Jangu. Mesyuarat itu dibuat sebagai susulan terhadap tindakan sekatan dan penutupan jalan masuk ke kawasan pembalakan melibatkan kaum Penan di Long Nen, Long Bangan dan Long Belok, Tutoh Apoh sejak Khamis minggu lalu. “Setakat ini keempat-empat syarikat berkenaan sudahpun mengadakan perbincangan dengan komuniti Penan di Long Belok. Mereka dalam keadaan tenang, sanggup berbincang dan berkelakuan baik berbanding sebelumnya,”katanya. Mengulas lanjut, beliau menafikan bahawa keempat-empat syarikat pembalakan berkenaan mencabuli hak Penan di kawasan itu seperti yang didakwa oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini. “Mereka (syarikat pembalakan) tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka. Dakwaan itu adalah tidak berasas sama sekali dan dibuat tanpa memahami keadaan sebenar yang berlaku,” katanya.
Sehubungan itu, satu pertemuan dengan komuniti Penan terdiri dari Jawatakan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua kampung (KK) di kawasan sekatan jalan akan diadakan pada 28 Ogos ini bertempat
di Long Bedian. “Kita mahu mendalami isi hati mereka, apa sebenarnya yang mereka mahukan dari kerajaan. Kita dengan perasaan rendah diri mahu tahu apa yang bersarang dalam fikiran Penan.” “Selepas apa yang kita berikan selama ini.., kita mahu lihat apa lagi cara untuk membantu mereka dari aspek meningkatkan cara hidup termasuk menyediakan bekalan elektrik, pendidikan, kebersihan bah-kan menyediakan perumahan jika itu yang dimahukan,” tambahnya. Menurut Lihan, pemilihan Long Bedian sebagai lokasi pertemuan adalah wajar memandangkan ia terletak berhampiran kawasan sekatan.
“Kita mahu perjelaskan dasar dan polisi kerajaan kepada mereka, bahawa pembangunan itu tidak boleh datang sekelip mata seperti yang me-reka mahukan. Harus ada tolak ansur dan sabar,” katanya. Mengenai kemunculan empat orang asing yang sebelum ini dilaporkan ‘dalang’ kepada sekatan, Lihan berkata mereka sudah menghilangkan diri dan tiada berada di kawasan itu. “Kita tidak mahu kaum Penan mendapat maklumat yang diputarbelitkan
oleh orang luar,” katanya sambil menambah perkara itu diserahkan kepada
pihak polis untuk membuat siasatan lanjut.
» Pandangan anda...
» read...
» Faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan BN di Uma Bakah
» Semak Permohonan Tabung Amanah Bakun
» Masa itu emas?
» SIAPA SEBENARNYA TAKUT UMNO MASUK SARAWAK ?
» Sepatutnya kita buat begini...
» What to do! - Bakun Dam